Sunday 29 July 2012

TERAPI/RAWATAN UNTUK LAMBAT JODOH


Masalah lambat jodoh seolah-olah menjadi trend orang muda zaman ini terutama sigadis yang mencapai umur 25-40 tahun.. Ada yang belum bersedia, tidak mahu terikat bila berkahwin, tidak sanggup menjaga komitmen pada suami atau isteri dan anak-anak, malah ada juga yang memang suka hidup bebas bersendirian. Segala kebisingan daripada keluarga terutamanya daripada emak sendiri menjadi halwa telinga setiap hari. Namun apakandaya ada juga yang benar-benar ingin berumahtangga namun masih tidak menemui jodoh atau jodoh itu sendiri belum datang merisik sigadis.

Benarkah sigadis terlalu idamkan ‘MrRight’atau inginkan bakal suami yang kaya raya, atau yang sudah berputus-asa atau belum sampai seru atau kawan yang terhad atau penampilan diri yang konservatif atau tiada langsung ilmu perkahwinan atau memang tiada nafsu nak berkahwin atau terlalu memilih yang bersangatan atau apa jua alasan yang diberikan. Namun ada juga yang tidak berhajat kepada semua di atas namun itulah yang dikatakan rezeki dan anggaplah lambat jodoh ini sebagai ujian daripada Allah kepada makhluknya jua.

Jodoh pertemuan adalah rezeki diberikan oleh Allah kepada makhluknya. Namun kita dinasihatkan berusaha mendapatkan jodoh kerana manusia hidup dalam dunia yang ada undang-undang dan sebab-musababnya. Wanita yang ingin bertemu jodoh perlu banyak berdoa kepada Allah s.w.t. memohon dipertemukan jodoh yang baik dan soleh.

Amalan mandi bunga sebenarnya tidaklah terdapat dalam sunnah kerana tiada hadis sahih terhadapnya namun besar kemungkinan apa yang berlaku ialah dengan tujuan untuk mengambil sempena seri bunga yang berwarna-warni dan berbau wangi bunga tersebut dan tidak lebih daripada itu. Berdoalah kepada Allah dengan membanyakkan solat tahajjud dan solat hajat.
Semua ayat Al-Quran adalah penawar dan ubat, bacalah mana-mana dari ayatnya. Besar kemungkinan juga jodoh seorang wanita itu lambat kerana terkena sihir dan rasa sakit hati seseorang. Dalam kaedah pengubatan Islam pula terdapat himpunan ayat serta doa pilihan untuk diamalkan setiap gadis yang lambat jodoh agar dipermudahkan usaha memperolehi jodoh.

KAEDAH RAWATAN KAMI:

Rawatan Mudah Jodoh


Akan dibukakan simpul penghalang untuk mempercepatkan jodoh,membuka
sinar yang gelap sehingga memancarkan cahaya yang akan menarik lawan
jenis  dengan izin Allah swt


Rawatan biasa 
Pembersihan pada badan & wajah serta amalan jodoh kos rawatan RM80

Rawatan Agung
Pembersihan pada badan& wajah,memasukkan potensi energi ilahiah untuk nur pada wajah serta amalan jodoh kos rawatan RM 150 

2 comments: