Sunday 11 November 2012

RAWATAN SYIFA AURA PESONA DIRI







Setiap insan yang diciptakan Allah SWT mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri yang pastinya mungkin seorang insan itu tidak mengetahui tentang potensi keistimewaan kelebihan yang ada pada diri sendiri.Untuk itu kami menawarkan RAWATAN SYIFA AURA PESONA DIRI bagi seorang insan yang selalu menghadapi kegagalan dalam kehidupan,masalah berat yang dihadapi silih berganti,menghadapi masalah kesempitan kewangan dan bebenan hutang yang tidak dapat diselesaikan,sukar mendapatkan pekerjaan ,berat jodoh dan kurang keyakinan diri ,Menemui jalan buntu serta berputus asa.Dengan rawatan ini kita dapat berusaha untuk kembalikan aura pesona diri dengan kaedah rawatan mandian kerohanian SYIFA AURA PESONA DIRI dan dimasukkan potensi ayat 31 surah Ar Radu untuk nur pada wajah.Kesemuanya dengan Izin Allah SWT.

RAWATAN MANDIAN KEROHANIAN SYIFA AURA PESONA DIRI

Barang –barangnya
Limau nipis atau pun limau purut 28 biji
Bunga 7 jenis
Akar sintok 1
Air mineral sebotol 1.5 liter
Beras 5 kg sekampit ( untuk sedekah fakir miskin )

Mahar rawatan RM 125.00 Sahaja

Urutan Tradisional Melayu

Urutan selama 2 jam,termasuk urut naikkan seri wajah, Cuma RM 35,,di tempat saya di jalan Bayam,Kota,Bharu Kelantan(temujanji sahaja,wanita sahaja)

Thursday 6 September 2012

Perkhidmatan Post Natal

Sedia ke rumah anda @ di Pusat Rawatan


  1. Urutan Tradisional - Sesuai untuk ibu selepas melahirkan. Melegakan urat– urat yang tegang pada seluruh badan. 
  2. Urutan Tradisional + Bertungku - Lebih sesuai untuk kesakitan yang teruk, amat sesuai untuk ibu selepas melahirkan. Lengguh– lengguh, sakit pinggan, tersalah urat.
  3. Urutan Pulih Badan - Untuk ibu dlm pantang. Melembutkan urat saraf dan otot yang tegang akibat meneran atau kurang pergerakan semasa pembedahan dan melancarkan aliran darah. (Rawatan dibuat 1hari selepas kelahiran).
  4. Urutan Bersalin + Bertungku - Melancarkan perjalanan nifas yg tersekat dan melembutkan urat serta memecahkan angin lendir. (Rawatan dibuat hari ke2 hingga 3hari)
  5. Urutan Bersalin + Bertungku + Ubat Barut - Mengelak kemasukkan angin sejuk di liang– liang perut dan mengelakkan badan mengembang (Kegemukan) serta perut buncit.(Rawatan dibuat hari 1—40@44hari)
  6. Mandian Herba/ Mandi Serong - Menyegarkan badan. Memulihkan semangat dari perasaan, gementar, gelisah, rimas, risau, lemah semangat, & gangguan oleh makhluk halus. Menggunakan Daun Herba terpilih.
  7. Rawatan Mandi Wap - Merawat bahagian sulit, menaktifkan pengeluaran peluh sebagai mengenyahkan racun di dalam badan & mengecutkan saluran peranakan. (Selepas hari 30 bersalin / Nifas kering / hari ke 6 haid).
  8. Rawatan Bertangas - Membantu mengeringkan saluran sulit serta memgelak peranakan dari kudis, luka, kulat & keputihan yang berbau.(Pada hari ke 31, 32,33)
  9. Rawatan Ukup Wangi -Membantu menghilangkan bau badan, terutama di bahagian ketiak serta di bahagian sulit. Rawatan ini menguatkan kemutan vagina & pulih dara.(Pada hari ke 40, 41, 42)
  10. Rawatan Berdiang / Menyalai - Mengunakan tilam panas– moden. Mengelak sakit pinggan, biasa urat saraf serta otot badan dan mempercepatkan kecut peranakaan. Awet muda, mantap, langsing dan menguatkan gagah otot– otot peranakan









RAWATAN UNTUK WANITA LEPAS BERSALIN

TEMPAHAN AWAL DIPERLUKAN
Pusat Rawatan Penjagaan Ketika Berpantang. Perkhidmatan Urut Tradisional (Wanita Sahaja), Urut Bersalin, Bertungku, Mandi Herba, Berbarut,Bertanggas, Penjagaan Bayi Dan Penginapan Rawatan di Pusat Rawatan Bagi Pelanggan yang datang dari jauh. Menjual jamu, set bersalin, bengkung, tungku, herba Dll. Pada Harga yang berpatutan!!



PERHATIAN KEPADA IBU YANG MENGANDUNG!!!

"Adakah Anda Mahu Miliki Tubuh Yang Cergas Selepas bersalin?"
Mahukah anda jika saya berkongsi rahsia yang terbukti berkesan untuk menurunkan berat badan dan masalah perut buncit dalam tempoh 44 hari berpantang?"
Selepas habis berpantang anda akan dapat merasai bahawa
"Anda lebih Anggun daripada gadis"
Dapatkan Rawatan Penjagaan Ketika Berpantang Bersama Kami Dan Rasailah Sendiri Rahsia Yang Kami Berikan.

Wednesday 8 August 2012

Cerita Tentang Diri Sendiri




Assalamualaikum.Ini cerita serba sedikit tentang diri saya,bukan untuk buka pekung di dada @ membangga diri,sekadar catatan untuk lebih mengenali diri sendiri.
Saya seorang wanita berusia 34 tahun.Seorang manusia biasa sahaja.Seawal usia 3 tahun,saya sering menangis,kerana selalu nampak'benda' yang tak sepatutnya saya nampak.Puas ibu bapa saya bawa berubat,,akhirnya arwah datuk saya juga yang dapat ubati saya.

(Perkara ini saya pernah ceritakan pada 2 orang perawat di sebuah Darul yang terkenal dan banyak cawangan tu,sedih hati saya bila mereka membuat telahan bahawa arwah datuk dapat ubatkan saya sebab membela,mungkin saya nampak belaan Arwah Datuk,mungkin arwah datuk arahkan jin peliharaan agar tak ganggu saya,bila saya ceritakan tentang arwah datuk yang ada sedikit kelebihan(off record),mereka terus juga kata arwah datuk confirm ada belaan.Kenapa saya sedih?Saya ceritakan pada perawat2 tersebut,mereka cuma diam dan kata kemungkinan sahaja..Apa yang saya ceritakan?Adakah arwah Datuk saya memang membela sesuatu?,,Dia seorang Guru Pondok,1 pengajian dgn Arwah Tok Kenali di Kota Mekkah,Arwah Datuk Saya Al-Hafiz,Dia meninggal semasa sujud sembahyang Subuh,di pagi Jumaat pada Bulan Ramadhan,Semasa dia dimandikan,satu rumah berbau semerbak wangian kasturi.Peluh menitik dari dahi Arwah,Orang yang mengusung mayat,mengatakan jenazah sangat ringan,semasa dia disembahyangkan,ramai yang mengaku,terasa sangat ramai jemaah yang datang,'jemaah ghaib'.Saya sendiri saksikan setiap keajaiban yang Allah tunjukkan.Arwah seperti ter
senyum saat jenazah dikafankan.)Hanya Allah sahaja yang tahu betapa menebalnya kerinduaan saya pada dia,,semasa tinggal dengan arwah,banyak yang Arwah ajar secara tersirat.

Bila membesar,hidup saya sama seperti kanak-kanak dan remaja yang lain,Cuma di zaman kanak2,saya pernah hampir lemas sebanyak 2 kali,Alhamdulillah kuasa Allah,2 kali juga ada tangan ghaib yang menarik saya ke atas,semasa hampit lemas di tempat air terjun,saya terasa seperti ada tenaga yang menolak saya ke atas,kemudian saya di tarik ke atas oleh seseorang,Sesungguhnya semua adalah Kuasa Allah.

Hidup saya berjalan seperti biasa,saya berkahwin selepas tamat belajar pada usia 23 tahun,dan dapat anak pertama pada usia 24 tahun. Bermula usia 26 tahun,saya tak henti2 di sihir oleh orang2 yang dengki dengan perkahwinan saya.Sejak dari itu,ada sahaja penyakit yang datang pada saya,dugaan2 yang datang hingga ke tahap tak sanggup lagi saya tanggung,setiap dugaan dan cabaran bukan calang2 dugaan dan cabaran,Syukur kerana saya di lahirkan sebagai Islam & dapat pendidikan agama yang secukupnya. Pada usia 30 tahun,saya tiba2 mendapat penyakit lumpuh,hampir sebulan saya tak dapat bergerak,pihak hosptak kata saya tiada apa2 penyakit,mungkin tertekan,pihak doktor pakar saraf bingung sebab tak jumpa apa punca dan apa penyakit saya,,ada perawat yang kata gara2 saka,,ada tok bomoh yang kata saya kan 'dapat sesuatu',ada yang kata gangguan sihir,dan macam2 lagi,,mungkin dekat ribuan ringgit habis kerana penyakit misteri saya.

Tiap malam ibu saya buat sembahyang hajat,juga minta tolong orang2 masjid buat sembahyang hajat,,,sedih benar hati saya saat itu,teras betapa saya ni bebanan bagi orang lain,menitik air mata saat anak2 merengek minta saya bangun.Terasa tercabut jantung bila tengok suami saya menangis risaukan saya.Hanya Allah yang tahu betapa pilunya,betapa sedihnya,betapa putus asa menguasai diri saya.

Suatu malam,saya bermimpi()bukan mimpi,,tapi antara tidur dan sedar) datang 3 orang lelaki datang merawat saya,seorang lelaki tua,berjanggut panjang,bertongkat,dan membawa tasbih(seiras seperi gambaran orang2 tua tentang arwah moyang pada moyang,seorang Sultan di negeri bahagian utara),seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40 an(wajah seperti arwah datuk),dan seoarng lelaki yang saya cuma nampak samar2(menunggang unta,berpakaian seperti orang arab,pakai ikat belakang hijau(ala macam Red Riding Hood pakai tu),orang nya tidak tinggi,membawa pedang panjang).
Selepas itu,saya nampak gambaran arwah Nenda saya(yang banyak ajar saya teknik mengurut masa saya kanak2,,masa tu,manalah saya faham),dia ajarkan ayat2 yang harus dibaca semasa mengurut,dia juga urut saya di bahagian perut.Bila saya tersedar,saya dapat rasakan badan saya sudah boleh bergerak,masa tu jam 3 pagi,semua orang dalam rumah sudah tertidur,saya bangun perlahan-lahan,dan baca doa yang arwah nenda bagi(ayat Al-Quran,bila saya check dgn Ustaz Halim,memang ayat tu gabungan ayat syifa dan ayat untuk membetulkan urat saraf),saya urut diri sendiri,sental urut diri sendiri habis habisan,,terasa jari jemari saya kuat.Alhamdulillah bermula dari malam itu,penyakit lumpuh saya sembuh,Syukur sangat2,Sesungguhnya Maha Besar Kuasa Allah,betapa Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sejak malam itu juga,baru saya sedar rupanya saya yang dapat warisi ilmu mengurut arwah Nenda dan Nenda2 Saudara.
Kerana saya sering nampak'benda' yang tak sepatutnya saya nampak,hampir 2 bulan saya tidak keluar rumah pada waktu malam,bermula dari Asar,saya tidak akan lagi keluar dari rumah,Mana2 perawat Islam,Bomoh,semua saya jumpa,ada yang kata saka,buang punya buang,,duit berhabis bukan sedikit,tapi hasilnya tetap sama.Saya tetap nampak 'benda' yang tak sepatutnya,Akhirnya saya jumpa seseorang yang arif tentang perubatan Islam,ajar saya 'on' dan 'off'' 'mata' saya. Bila saya pergi umrah,saya jumpa seorang yang memang arif ilmu perubatan Islam,seorang Syeikh,,akhirnya saya tahu kenapa saya boleh nampak 'benda' tak sepatutnya dan kenapa bila saya pegang,@duduk berhampiran seseorang,saya boleh baca apa yg dia fikir,nampak apa yang dia buat,,akhirnya semua terbongkar,,bukan masalah Saka,Alhamdulillah,,apa sebabnya biarlah jadi rahsia,,...Cuma tak sangka,sebenarnya ada yang berkait dengan keturunan Nabi Sulaiman(selama ni saya dengar ada orang dok bangga2 sebab dia berkait /bernasab terus dgn Rasulullah)

Atas nasihat Syeikh tu juga,saya mula belajar tentang ilmu perubatan Islam,saya ingin menolong diri sendiri juga,sebab banyak juga energi negatif asyik mengikut saya sejak dari kecik.Sebenarnya kisah keluarga saya bermula sajak 7,8 keturunan yang lepas,sejak arwah Moyang pada Moyang,digulingkan takhta oleh saudara sendiri,,menyembunyikan diri di sebuah Gua di lenggong,,pintu gua dan kawasan sekitar ditutup secara ghaib oleh seorang Alim dari Golongan Bunian.Sultan tersebut bersumpah membuang warna Kuning dari keturunan,dan merantau mencari Ilmu agama hingga ke Tanah Jawa.

Wednesday 1 August 2012

TERAPI PERAWAN ABADI(PULIH DARA)


(PERHATIAN:KHAS UNTUK WANITA YANG TELAH BERUMAHTANGGA,BAKAL BERUMAHTANGGA,DAN KES2 ISTIMEWA SAHAJA,SEBARANG RAWATAN UNTUK TUJUAN MAKSIAT TIDAK DIBENARKAN)


Apakah anda ingin pulih dara? Apakah anda inginkan vagina,rahim atau faraj anda kembali sempit,kesat,ketat,rapat seperti anak dara? Apakah masalah keputihan, senggugut,mengeluarkan lendir yang berbau hancing,busuk,gatal dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan vagina sering menghantui diri anda? Jika jawapannya adalah “YA”, anda harus segera mendapatkan rawatan Multi Terapi Perawan Abadi ini demi untuk kesejahteraan rumahtangga anda.






Suatu kaedah terapi ajaib dan luarbiasa,menggunakan herba terpilih dan istimewa, kedahsyatan vagina anda yang telah mengalami proses terapi,memiliki aroma terapi khas, membuat ketat,menghilangkan penyakit kewanitaan, membuat suami anda selalu ketagihan dan tidak berpaling ke wanita lain.Tidak dibatasi usia dan boleh untuk gadis atau perempuan yang telah berkahwin.
Multi Terapi Perawan Abadi ini sebenarnya sangat perlu dilaksanakan oleh para kaum wanita pada umumnya dan suri-suri rumahtangga khususnya. Kerana selain untuk membersihkan organ terpenting wanita(vagina),proses terapi ini dapat membantu menyembuhkan penyakit-penyakit yang sering dialami oleh para wanita antara lain keputihan. Walaupun terlihat amat sederhana, penyakit ini jika tidak dirawat akan timbul masalah bau yang sangat tidak menyenangkan. Selain itu terapi ajaib ini juga dapat menambahkan kenikmatan dan kelazatan yang tinggi saat berhubungan dengan suami-isteri,khasiat lainnya dapat memperbaiki otot-otot syaraf organ paling peribadi(vagina) milik wanita ini,sehingga ibu-ibu yang sudah memiliki banyak anak pun akan terasa rapat,seret,kesat,ketat seperti perawan kembali.

Bagi yang ingin mendapatkan Rawatan Multi-Terapi Perawan Abadi ,bayaran RM300 dikenakan,pesakit dibekalkan dengan ramuan rahsia ajaib untuk 7 hari rawatan berturut-turut dirumah.Selama 7 harilah pesakit tidak dibenarkan melakukan hubungan seks,agar otot-otot vagina menjadi kencang (rapat/ketat dll) kembali serta terjaga kebersihannya.




Perhatian: penangan (rawatan Multi-Terapi Perawan Abadi) ini dilakukan oleh pesakit sendiri dirumah. Tugas Perawat hanyalah menyediakan bahan-bahan ramuan herba ajaib dan didoakan sahaja dengan doa khusus untuk menjamin keberhasilannya(secara spiritual).Anda hanya perlu memberitahu nama anda kepada kami untuk tujuan pengisian kekuatan ghaib(ritual) menggunakan wiridan asma’ pada ramuan ajaib ini! Siapa pun anda,jangan malu dan bimbang untuk mendapatkan rawatan ini kerana sebagai perawat professional,kami cukup prihatin,nama dan identiti anda kami jaga kerahsiaannya.







Tuesday 31 July 2012

Terapi Mandian Nur Bidadari




Mandi Aura Nur Pesona bukan sahaja petua tetapi telah di kaji secara saintifik dan ia sangat bermanfaat kepada tubuh badan manusia. Dengan pengisian bioenergi tingkat tinggi, frekuensi kalamullah, ayat suci Al-Quran  yang ampuh dan terpilih, InsyaAllah, sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit (jika ada) dan memulihkan dari gangguan tenaga luaran. Mandian terapi  aura menjadi salah satu terapi alternatif yang bermanfaat untuk meraih kejayaan dalam asmara (percintaan) , pergaulan, karier dan pekerjaan.                 


Mandian  ini menggunakan bunga-bungaan, limau dan produk alami lain. Di rukyah dengan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa khusus. InsyaALLAH anda akan merasai kesannya. Selepas rawatan mandian, pesakit akan diisi lagi  dengan ayat-ayat Al-quran dan doa-doa tertentu.  Pesakit juga dibekalkan amalan-amalan & doa-doa khusus. Mandian ini dijamin tidak bertentangan dengan hukum syara' dan akidah.

Kos rawatan: RM70 sahaja (Mandian di pusat rawatan & mandian susulan di rumah)

Terapi Muka Nur Illahi (Seri Wajah)




Wajah atau muka merupakan bahagian badan yang paling mendapat perhatian.Islam tidak melarang manusia atau umatnya untuk kelihatan cantik, namun perlu mengikut garis panduan yang dibenarkan di dalam Islam. Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah ini Maha Indah dan Maha Cantik dan Allah suka yang indah-indah dan yang cantik-cantik.”

Terapi Muka Nur Ilahi biasa dilakukan untuk lebih menonjolkan kecantikan alamiah ( inner beauty ) seseorang , sehingga terapi tersebut ditujukan untuk memberi efek atau kesan selalu kelihatan menarik, segar dan kelihatan awet muda. Melalui pengisian kombinasi energy tingkat tinggi dan gelombang potensi energi Illahiah (dari ayat yang dipetik dari Surah Al-Ra'du) dialirkan dan seterusnya mengaktifkan aura seluruh badan, hingga mampu meningkatkan karisma, wibawa, daya pengasihan, kecantikan raut wajah & anti energy negatif.

Terapi Nur Ilahi bukan sahaja mengubah perwatakan tetapi juga mengubah perawakan. Bukan rupa-bentuk muka yang berubah tetapi cahaya pada wajahnya yang berubah, menyebabkan siapa sahaja yang melihatnya akan berasa senang.

Anda tidak perlu memakai susuk untuk kelihatan cantik. Susuk itu haram kerana proses memakainya membabitkan unsur syirik.

Kecantikan juga adalah salah satu bentuk ujian daripada Allah SWT. Bagi yang menggunakannya sesuai tuntutan agama, dia akan menjadi orang yang beruntung. Dan bagi yang menggunakannya di jalan yang salah, sangatlah merugikan dan berdosa.
Tapi bila dah meminta seri wajah tu... janganlah untuk tujuan menjadi riak... dosa bila takbur dengan nikmat Allah dan jagalah perilaku dan perangai kerana itu akan membuatkan anda menjadi orang yang paling cantik Subhanallah.....


Kos rawatan: (Terapi Mandian Nur Illahi* + Terapi Muka Nur Ilahi  = RM150 sahaja.)
*1 x mandian di pusat rawatan,  3x mandian di rumah

Sunday 29 July 2012

TERAPI/RAWATAN UNTUK LAMBAT JODOH


Masalah lambat jodoh seolah-olah menjadi trend orang muda zaman ini terutama sigadis yang mencapai umur 25-40 tahun.. Ada yang belum bersedia, tidak mahu terikat bila berkahwin, tidak sanggup menjaga komitmen pada suami atau isteri dan anak-anak, malah ada juga yang memang suka hidup bebas bersendirian. Segala kebisingan daripada keluarga terutamanya daripada emak sendiri menjadi halwa telinga setiap hari. Namun apakandaya ada juga yang benar-benar ingin berumahtangga namun masih tidak menemui jodoh atau jodoh itu sendiri belum datang merisik sigadis.

Benarkah sigadis terlalu idamkan ‘MrRight’atau inginkan bakal suami yang kaya raya, atau yang sudah berputus-asa atau belum sampai seru atau kawan yang terhad atau penampilan diri yang konservatif atau tiada langsung ilmu perkahwinan atau memang tiada nafsu nak berkahwin atau terlalu memilih yang bersangatan atau apa jua alasan yang diberikan. Namun ada juga yang tidak berhajat kepada semua di atas namun itulah yang dikatakan rezeki dan anggaplah lambat jodoh ini sebagai ujian daripada Allah kepada makhluknya jua.

Jodoh pertemuan adalah rezeki diberikan oleh Allah kepada makhluknya. Namun kita dinasihatkan berusaha mendapatkan jodoh kerana manusia hidup dalam dunia yang ada undang-undang dan sebab-musababnya. Wanita yang ingin bertemu jodoh perlu banyak berdoa kepada Allah s.w.t. memohon dipertemukan jodoh yang baik dan soleh.

Amalan mandi bunga sebenarnya tidaklah terdapat dalam sunnah kerana tiada hadis sahih terhadapnya namun besar kemungkinan apa yang berlaku ialah dengan tujuan untuk mengambil sempena seri bunga yang berwarna-warni dan berbau wangi bunga tersebut dan tidak lebih daripada itu. Berdoalah kepada Allah dengan membanyakkan solat tahajjud dan solat hajat.
Semua ayat Al-Quran adalah penawar dan ubat, bacalah mana-mana dari ayatnya. Besar kemungkinan juga jodoh seorang wanita itu lambat kerana terkena sihir dan rasa sakit hati seseorang. Dalam kaedah pengubatan Islam pula terdapat himpunan ayat serta doa pilihan untuk diamalkan setiap gadis yang lambat jodoh agar dipermudahkan usaha memperolehi jodoh.

KAEDAH RAWATAN KAMI:

Rawatan Mudah Jodoh


Akan dibukakan simpul penghalang untuk mempercepatkan jodoh,membuka
sinar yang gelap sehingga memancarkan cahaya yang akan menarik lawan
jenis  dengan izin Allah swt


Rawatan biasa 
Pembersihan pada badan & wajah serta amalan jodoh kos rawatan RM80

Rawatan Agung
Pembersihan pada badan& wajah,memasukkan potensi energi ilahiah untuk nur pada wajah serta amalan jodoh kos rawatan RM 150 

TANDA-TANDA TERKENA GANGGUAN JIN


1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar ke atas. 2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.

4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.
5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar ke atas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh di atas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
42) Sakit tulang belakang tanpa sebab.
43) Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal.
44) Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.
45) Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati.
46) Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab.
47) Timbul rasa takut tanpa sebab.
48) Sering pengsan tanpa sebab.
49) Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.
50) Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad).
51) Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.
52) Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.
53) Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.
Amalkan membaca ayat kursi pada setiap kali selepas solat. Insyaallah Allah sentiasa bersama kita...

Mengenali Bomoh Sihir





Bagaimana Mengenali Bomoh Sihir 
Ramai orang yang sering mendapatkan khidmat bomoh dan dukun-dukun apabila ditimpa sesuatu musibah dan sakit. Lebih khusus apabila sakit-sakit berbentuk mistik @ apa yang dikaitkan dengan istilah terkena buatan orang. Malangnya bomoh yang diberi kepercayaan itu bukan mengubat, tetapi menambahkan lagi penyakit selain menyebabkan akidah si pesakit terjejas teruk! Ditambah pula dengan banyak aduan kes jenayah seperti cabul, rogol dan zina! Justeru adakah benar jika bomoh dijadikan pilihan?

Saya berbicara tentang bomoh kerana majority mereka yang diangggap bomoh ini sebenarnya punya kaitan dengan tukang sihir dan pengamalan ilmu sihir. Justeru harus diawasi dan dihindari segala bentuk perubatan yang pelik, ghaib, dan pengamalan bacaan-bacaan tertentu yang tidak wujud dalam al-Quran & as-Sunnah. Demikian juga dengan amalan-amalan yang menyalahi hukum syarak. Ketahuilah bahawa ulama salaf menyatakan bahawa; “Mati dalam keadaan sakit lebih baik daripada sembuh tetapi telah melakukan syirik”.
Mari kita kenali tanda-tanda bomoh jahat yang mengamalkan sihir dan wajib dihindari. Semoga dengan itu, kita selamat daripada kejahatan mereka samada dari sudut agama, kewangan, maruah mahupun masa yang kita miliki. Ciri-ciri ini apabila dikenali ianya dapat mengelakkan anda daripada kesesatan yang dengan izin Allah kita akan selamat daripada terjerumus kepada dosa besar ini.

Tanda-Tanda Zahir Tukang Sihir (Bomoh Sihir);

1) Soalan si bomoh kepada pesakit tentang nama pesakit dan nama ibunya.

2) Permintaan si bomoh agar diberikan kepadanya apa-apa kesan milik si pesakit seperti sikat, baju, rambut dan sebagainya.

3) Meminta daripada si pesakit agar dibawakan haiwan tertentu dengan sifat-sifat tertentu untuk dibuat korban kononnya, dengan menyebut nama-nama tertentu bukan dengan nama Allah. Boleh jadi Kemudian darah binatang itu diletakkan pada bahagian yang sakit.

4) Si bomoh menulis gambarajah @ rumus-rumus tertentu yang tidak difahami yang mengandungi angka dan huruf-huruf tidak bersambung @ nama-nama bintang pada kain @ kertas.

5) Dalam tempoh bacaan jampi, dia menganggkat suaranya apabila membaca ayat al-Quran dan kemudian membaca berkumat kamit sesuatu yang tidak jelas dan tidak dapat difahami maksudnya.

6) Si bomoh memberi sesuatu sebagai tangkal yang dipakaikan kepada si pesakit. Ianya mengandungi rumus-rumus dan gambarajah empat segi, tiga segi dan sebagainya dengan nombor-nombor dan huruf-huruf tidak bersambung. Diletakkan pula syarat pada pemakaiannya.


7) Si bomoh memerintahkan pesakit agar menghindari manusia dalam tempoh-tempoh tertentu. Tidak bergaul dengan mereka serta menyorok dalam satu bilik yang gelap, dan tidak dibenarkan melihat matahari.

8 ) Terkadang si bomoh meminta supaya pesakit tidak menyentuh air selama tempoh tertentu. Kebiasaannya selama 40 hari. Kadangkala bomoh menyuruh supaya pesakit meletakkan lambang salib di tengkuknya. Ini menunjukkan bahawa jin yang membantunya beragama kristian.

9) Si bomoh memberikan sesuatu kepada pesakit untuk ditanam di bumi.

10) Si bomoh memberikan kepada pesakitnya kertas yang bertulis dengan sesuatu untuk dibakar dan diperasapkannya kepada pesakit.

11) Si bomoh bercakap dengan seseorang yang berada didalam majlis, tetapi tidak dapat dilihat. Si bomoh meminta izin dan pertolongan “orang itu” untuk mengubati pesakit. Si bomoh juga memberi keyakinan kepada jin (orang itu) bahawa pesakit tidak datang kepadanya kecuali dia telah yakin dan menyukainya.

12) Kadang-kadang si bomoh menulis sesuatu rumus @ gambarajah tertentu disertakan huruf-huruf yang tidak bersambung dan nombor-nombor tertentu yang kemudiannya direndamkan di dalam air, lalu diberi kepada pesakit sebagai minuman.

13) Si bomoh tidak menerima pesakit pada bulan Ramadhan khususnya pada 21 Ramadhan hingga akhir Ramadhan. Demikian juga bomoh tidak menerima pesakit pada 10 awal bulan Zulhijjah.

14) Sesiapa yang sentiasa membaca zikir pagi dan petang @ yang dikenali sebagai ma’thurat, maka si bomoh tidak akan menerimanya sebagai tetamu @ tidak selesa dengan kehadirannya.

15) Meletakkan sebekas air yang biasanya dicampurkan dengan najis seperti air kencing, supaya jin mampu dilihat oleh si bomoh dan muncul kepada tukang sihir tersebut.
16) Kebiasaanya si bomoh menggunakan asap kemenyan dalam perubatannya. Asap kemenyan yang busuk itu bagi menyeru jin untuk membantunya. Ini berbeza dengan “bukhur” (asap kayu gaharu yang berbau wangi), ianya sangat tidak disukai oleh jin-jin.

17) Yang paling jelas lagi ialah si bomoh merupakan orang yang tidak menunaikan solat. Tidak istiqmah dalam melaksanakan tuntutan-tuntutan agama yang fardhu, apatah lagi yang sunat.

Terkadang, Allah mengurniakan sedikit firasat (tekaan tepat) kepada orang-orang yang soleh dan alim ulama sehingga mereka mengetahuinya sekalipun dengan hanya melihat wajah tukang sihir. Ini kerana, tukang sihir @ bomoh itu telah dicabut cahaya keimanan daripada wajahnya dengan sebab kesyirikan-kesyirikan yang dilakukannya. Semoga Allah melindungi kita dan ahli keluarga kita semua daripada kejahatan-kejahatan tukang sihir dan syaitan yang direjam. Wallahualam.

Bomoh Berkhadam





Bagaimana Mengenali Bomoh Yang Menggunakan khadam
Kebanyakan daripada orang-orang Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh sehingga mereka tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yang hak dan yang batil ( yang menggunakan pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ). Keadaan ini berlaku kerana mereka jahil tentang ajaran Islam yang sebenarnya, oleh itu mereka mudah di tipu oleh lakonan yang dimainkan oleh Tok Bomoh palsu ini. Sebagai panduan diperturunkan serba ringkas contoh-contoh Tok Bomoh yang menggunakan pertolongan khadam dalam pengubatan mereka. Antara tanda-tanda tersebut dapat kita lihat melalui salah satu dari perkara-perkara berikut, antaranya :-

A ) Cara berpakaian semasa mereka berjampi.
Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat dengan khadam ini memakai pakaian khas, antaranya seperti :-
Memakai baju dan seluar yang bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala atau memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya.
Memakai jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya berwarna kuning, kononnya dia dari keturunan raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya beliau bersahabat dengan Jin Islam.
Terdapat juga yang berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau berketayap. Ada juga yang berambut panjang, yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa, Sumatera dan sebagainya.

B ) Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun/Menyelap.
Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi atau mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemenyan. Dalam beberapa saat sahaja masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada yang berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu.
Suara dan raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat tua dan berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua. Matanya kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah dan mengikut jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia akan bercakap bahasa Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya ucapan Jin tersebut di mulai dengan katanya ” Assalamualaikum, apa hajat cucu ku datang ke mari / memanggil ku ? “

C) Tanpa Menurun / Menyelap.
Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada golongan Jin yang memanggil Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat dilakukan dengan berbagai cara antaranya :-
Dengan meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan perlu di hadapannya.
Terdapat juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan menggunakan limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan kedalam air dan melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap. Mereka juga kadangkala menggunakan mangkuk putih yang diisikan dengan air sambil menilik dan membuat ramalan. Terdapat juga Tok Bomoh yang menggunakan jarum yang diletakkan di atas air dan jarum tersebut akan berpusing dan sebagainya.

D) Membelah Batin.
Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yang dapat membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti pisau dan sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan pisau tetapi tiada kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit akan merasai seolah-olah seperti di bedah dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya. Setelah selesai melakukan pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut biasanya akan menggunakan daun sireh atau limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan ghaibnya.

Wahai Wanita dan Gadis berhati-hatilah

Antara kepentingan kenapa perlunya kewujudan perawat wanita:



KOTA BHARU – Taktik kotor seorang bomoh yang mengambil kesempatan merogol pesakitnya tahun lalu, menerima balasan apabila dia dijatuhi hukuman 15 tahun penjara dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim Azman Mustapha selepas Norazanni Nordin, 31, dari Sungai Petani, Kedah didapati bersalah mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Azman dalam keputusannya berkata, pembelaan tertuduh yang mengaku ada melakukan hubungan persetubuhan atas kerelaan mangsa, bagaimanapun, tidak selari dengan keadaan mangsa yang ketika itu mengalami masalah kemurungan.

“Oleh sebab itu, mahkamah menolak pembelaan dan mendapati tertuduh bersalah seperti mana tuduhan,” katanya.

Berdasarkan tuduhan, Norazanni didakwa merogol mangsa yang berusia 19 tahun di sebuah bilik rumah remaja berkenaan di Pak Roman, Machang, pada jam 9.30 malam, 18 Mac 2011.

Sejurus hukuman diputuskan, Peguam bela, Ahmad Nizam Mohamed memohon penangguhan bagi mengemukakan rayuan terhadap anak guamnya itu.

“Saya mohon mahkamah menimbang komitmen tertuduh kepada keluarga selepas diberhentikan daripada perkhidmatan tentera selepas 12 tahun perkhidmatan.

Tertuduh kini membantu ibunya menyediakan makanan di kenduri-kenduri di kampungnya,” katanya.

Permohonan itu bagaimanapun di bantah Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof yang menyifatkan tidak ada faktor istimewa bagi membolehkan ia dibenarkan pihak mahkamah.

“Tertuduh mengambil kesempatan dan menyalahgunakan amanah yang diberikan ibu bapa mangsa supaya merawat remaja itu yang dipercayai mengalami penyakit kemurungan ketika itu,” katanya.

Selepas dipertimbangkan kedua-dua pihak, Azman kemudian memutuskan untuk menolak permohonan penangguhan berkenaan.



KLANG – Seorang bomoh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas lima tuduhan merogol empat wanita termasuk dua remaja semasa merawat mangsa sejak tahun 2008.

Meswan Tujut, 42, membuat pengakuan itu selepas kelima-lima pertuduhan dibacakan dalam dua perbicaraan berasingan di mahkamah tersebut semalam.

Di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman, tertuduh didakwa merogol seorang remaja berumur 15 tahun di sebuah rumah di Sungai Udang, Klang di antara pukul 1 petang hingga 3 petang pada April 2008.

Meswan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Di mahkamah yang sama, Meswan juga didakwa merogol seorang wanita berumur 22 tahun sebanyak dua kali dalam sebuah rumah di Sungai Nibong, Sekinchan pada pukul 8.10 malam, 8 dan 15 Mac lalu.

*ni cuma sebahagian kes sahaja,akan tetapi ramai perawat-perawat di luar sana yang benar2 ikhlas membantu dan menolong mereka yang dalam kesusahan

TERAPI MANDIAN ROHANIAH



Mandi Rohaniah boleh membersihkan diri secara batiniah.
Adakah anda sering mengalami masalah di bawah ini :

  • Sering dibuli dan difitnah
  • Sering ditipu orang
  • Sering bergaduh suami/isteri (Rumah tangga tidak harmoni)
  • Sering diganggu Makhlus Halus
  • Sering merasa cemas dan gelisah
  • Sering menghadapi masalah dengan keluarga, rakan dan masyarakat
  • Senantiasa merasa malas dan tidak dapat memberi tumpuan
  • Sering mendapatkan musibah dan sering gagal
  • Sering sakit tanpa mengetahui puncanya
  • Sering merasa rendah diri / tiada keyakinan diri
  • Sering tewas dalam percintaan / ditolak
  • Sering lalai melakukan ibadat
  • Lambat jodoh.
  • Membuang sihir
  • Merawat penyakit misteri
  • Membuang aura negatif dalam badan
  • Dapat memancarkan seri wajah
Mandian ini mempunyai khasiat tersendiri. Pastikan pada ketika inilah kita bermohon kepada Allah SWT akan apa sahaja hajat yang kita perlukan misalnya:-
  • Memohon keampunan
  • Memohon dibersihkan diri dari sebarang gangguan makhluk halus
  • Memohon dianugerahkan keluarga bahagia
  • Memohon dibersihkan diri dari segala penyakit rohani dan jasmani, yang diketahui dan tidak diketahui
  • Memohon kekuatan melayari kehidupan dan berbagai lagi

Anda bakal merasai satu ketenangan dan keceriaan yang luar biasa satelah menjalani mandian ini.Insya-Allah.

MAHAR:RM 65 Sahaja

*Pesakit Lelaki akan dimandikan dan dirawat oleh suami sahaja
*Sila buat temujanji terlebih dahulu

Jangan berniat sesekali untuk menghilangkan sial atau malang. 
Anda harus yakini kerana setiap sesuatu berlaku terletak pada ketentuan Allah SWT.
Mandian ini sekadar ikhtiar & usaha sahaja

Saturday 28 July 2012

BALQIS GURAH VAGINA





Banyak jalan menuju kebahagiaan. Dalam urusan rumahtangga, ramai suami dan isteri yang telah mencuba berbagai-bagai cara untuk meraihkan kebahagiaan rumahtangga yang
hakiki.
Salah satu upaya mempertahankan kebahagiaan suami isteri itu adalah dengan memerhatikan kepuasan hubungan seksual bersama. Pokok pangkalnya ialah suami isteri tidak boleh saling egois tetapi saling bantu membantu. Salah satu usaha ialah dengan memelihara organ intim masing-masing, yang tentunya tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Ini bererti alat kelamin harus sentiasa berada dalam keadaan bersih, dirawat dan prima.
 
Di kalangan wanita salah satu cara untuk merawat organ intim mereka ialah dengan melakukan ’gurah’.Gurah bermaksud membersihkan kotoran atau lendir-lendir yang terdapat dalam organ tubuh untuk dinyahkan dari organ intim keluar agar organ intim menjadi sihat.
Berbagai kaedah penggurahan telah diperkenalkan di tanah air kita Malaysia yang melibatkan berbagai ramuan herba dan yang paling diminati oleh ramai kaum hawa ialah gurah vagina.
 
Perkara ini tidak menghairankan kita kerana setiap wanita pasti menginginkan organ kewanitaan yang mempunyai otot yang kuat,mencengkam dan sihat. Keadaan vagina seperti ini menjadi idaman ideal bagi setiap wanita. Mereka yang memiliki organ vagina seperti itu pasti tampil lebih percaya diri. Sebaliknya bagi wanita yang merasakan organ vaginanya tidak sempurna akan berusaha untuk mencari tempat pengubatan sebagai usaha memulihkan keadaan vaginanya.
 
”Gurah Vagina sendiri merupakan hasil dari berbagai ramuan tradisional berkhasiat warisan nenek moyang kita dan 100% hasil keluaran orang Asli Kelantan tanpa dicampurkan dengan rempah ratus. Kalau di Mesir adanya Ratu Cleopatra yang terkenal dengan mandian susu untuk awet muda maka keampuhan Gurah Vagina yang telah lama diperkenalkan juga tiada kalahnya”
Gurah Vagina mempunyai kelebihan tiada tandingannya.
Ramai kaum ibu dari seluruh pelusuk negara termasuk Singapura dan Brunei telah menggunakan Gurah Vagina dan hasilnya amatlah memberangsangkan.
 
Gurah Vagina yang dihasilkan dari beberapa ramuan herba-herba tempatan biasanya akan bekerja secara sistematik, merangsang otot-otot lingkar vagina untuk berkontraksi secara hebat. Gerakan yang dihasilkan mirip gerakan meramas dan mencengkam. Seorang wanita yang memiliki otot kewanitaan yang dahsyat seperti ini tentunya akan mampu memuaskan pasangannya. Selain dari itu, Gurah Vagina juga mampu untuk mengatasi masalah berbagai penyakit kewanitaan seperti keputihan dan lendir yang berlebihan sehingga menjadikan vaginanya lembab dan tidak terlalu kering, kesat, segar dan tidak berbau. Keadaan kewanitaan seperti inilah yang sering didambakan oleh kaum Hawa dan akhirnya mereka akan merasa lebih percaya diri, tenang dan mantap, apalagi sewaktu melayani Sang Suami.
” Perkara ini mungkin nampak seperti khayalan tetapi ianya adalah satu kebenaran.
Jika anda menyayangi suami anda maka gunakanlah BALQIS Gurah Vagina.

Bahan-bahan dalam Gurah Vagina
 1) Raja Satong – untuk merawat semua jenis barah, paru-paru, liver dan penyakit dalam tubuh.
2) Rambai Hutan, Akar jering, Akar Kerdas, Akar Gorek, Akar Petai, Akar Tebu Gajah, Akar Tekak Biawak dan Prakchin – untuk merawat medu dan uluran dan semua jenis angin dalam badan.
3) Urat Papan, Akar 100, Kerbau Jantan, Akar Sarsi – untuk merawat semua jenis penyakit urat saraf.
4) Ubi Pange – untuk merawat senggugut, buasir dan semua jenis luka dalam badan.
5) Kacip Fatimah, Mas Cotek Jantan dan Betina dan Bunga Pek Ma – untuk merapatkan dan menguatkan otot-otot vagina.
6) Tongkat Ali Hitam, Stunjang Bumi dan Ubi Jaga – untuk kesihatan, penyakit jantung dan kencing manis.

Testimoni:
1)Puan Rahmah usia 80thn dari Kota Bharu, Kelantan – setelah dirawat dan mengguna Gurah Vagina selama beberapa minggu, suaminya yang sering menjauhkan diri telah kembali ke pangkuannya.

2)Puan Jamilah usia 35thn dari Shah Alam – suami dah nak ceraikannya kerana dikatakan bahawa vaginanya seperti kacau teh. Puan Jamilah mempunyai anak 5 orang. Setelah menjalani rawatan dan menggunakan Gurah Vagina selama 2 minggu, suaminya membatalkan kes penceraiannya kerana dikatakan isterinya dah kembali seperti ‘dara’...

3)Che Gu Rahmah dari Kota Bharu, Kelantan – dengan tersenyum lebar memberitahu bahawa suaminya terkejut besar kerana beliau seolah-olah perawan semula hasil dari penggunaan Gurah vagina dalam masa seminggu sahaja.

4) Pangeran Hjh Rosnani dari Brunei Darussalam menghubungi isteri Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman dengan ucapan ribuan terima kasih kerana memperkenalkan Gurah Vagina kepadanya. Suaminya yang selama ini tidak pernah merasai puas dalam hubungan intim kini telah dapat menikmati sepenuhnya.

5) Pn. Wong, seorang guru dari Kota Bharu memberitahu bahawa beliau telah bebas dari masalah fibroid. Pada mulanya beliau tidak percaya akan herba tempatan dan lebih suka menggunakan produk impot. Setelah menghabiskan wang beribu-ribu ringgit namun masalah fibroidnya semakin membesar. Akhirnya beliau telah diperkenalkan tentang kebaikan menggunakan Grah Vagina. Kini beliau telah bebas dari masalah fibroid.

6) Pn. Mariam dari Kota Bharu telah disahkan oleh doktor mempunyai fibroid 10cm. Beliau dicadangkan oleh rakannya supaya menggunakan Gurah Vagina dan akhirnya setelah mengguna 3 botol, fibroidnya terus hilang. 

Harga : RM50 sebotol (50bj)
Aturcara makan : 2bj pagi dan 2bj malam. Harus minum air banyak.
Pantang larang : tidak boleh minum air kelapa,minum ais dan jeruk yang berair.
Dilarang keras bagi wanita yang mengandung.
Keberkesanan : Disarankan penggunaan 3 botol untuk merasai keperawanan anda. Oops! Anda tak rasa keperawanan anda tapi suami anda yang akan merasainya!

TERAPI CIK SITI WAN KEMBANG



Semenjak zaman dahulu para wanita sangat memperhatikan perawatan tubuh untuk merebut cinta lelaki. Pelbagai cara telah di gunakan untuk tujuan tersebut. Organ yang menyerlah yang menjadi daya tarikan kaum adam ialah payudara. Namun sayangnya tidak semua wanita di kurniakan sepasang payudara yang menawan yang sesuai dengan keinginannya. Kini masalah itu dapat di atasi dengan perawatan Terapi Che Siti Wan Kembang. Setelah diterapikan payudara yang kendur akan menjadi kencang dan menegang,ukuran akan bertambah besar dan sesuai dengan keinginan. Payudara akan berbentuk indah dan mengghairahkan dan montok. Sangat sesuai untuk semua wanita terutama ibu-ibu yang melahirkan anak ramai tanpa ada kesan sampingan.

Mahar Terapi Cik Siti Wan Kembang RM250.
(sekali seumur hidup)

TERAPI PUTERI SAADONG





Tampil cantik dan menarik adalah dambaan setiap wanita. Namun tidak semua wanita mampu membuat dirinya tampil menarik bahkan tidak semua manusia tahu rahsia keindahan tubuhnya  Puteri Saadong tampil memikat. Jika seseorang wanita menggunakan metode ini maka ia akan tampil sangat menarik dan memikat,berwibawa,memancarkan aura yang penuh dengan  dengan kemampuan pemakainya menjadi sangat indah.
 Keunggulannya menjadikan pemakainya awet muda dan kebal terhadap berbagai  jenis serangan ilmu hitam dan cara kerjanya bagaikan kilat.Pemakainya akan lebih berkeyakinan diri kerana dapat merasakan perubahan yang sangat positif dalam diri mereka baik secara fizik mahupun psikis.
Mampu menyingkirkan sihir dan penyakit misteri dalam badan,mengeluarkan segala aura-aura yang negatif,menyerikan wajah,daya pengasihan,memulihkan vagina seperti seorang perawan,menjadikan payudara anjal seperti anak dara.
Terapi ini merangkumi Terapi Perawan seumur hidup dan Juga Terapi Cik Siti Wan Kembang.
Sangat sesuai untuk para isteri,ibu-ibu,wanita dan juga lelaki yang bermasalah karisma tengelam,berat jodoh,
tiada keyakinan diri,tekanan perasaan,terkena sihir dll
Cara rawatan urut& tungku seluruh badan,Mandi Rawat Puteri Saadong,aura seri Nur Ilahi pada wajah,aura payudara dan aura organ intim agar sentiasa perawan serta gurah vagina.
Proses terapi lebih kurang 3 jam.

Mahar Terapi Puteri Saadong RM500.
(sekali seumur hidup)

TERAPI PERAWAN BIDADARI


Terapi ini sangat berguna untuk membangkitkan karisma kewanitaan sejati kerana  terapi ini mampu membuatkan organ kewanitaan anda hidup, berdenyut-denyut, rapat, menegang dan berkarisma tinggi hingga suami jadi bertambah sayang kepada anda, ketagihan dan tidak pernah bosan dengan layanan anda. Terapi ini boleh juga menghilangkan seluruh penyakit kewanitaan tanpa bersusah-payah meminum jamu setiap hari, bersenam atau apapun. Insyaallah akan menghadirkan pesona wanita yang sangat sempurna.

Cara rawatan urut seluruh badan,Mandi Puteri Sebujur Sireh, aura vagina dan gurah vagina.Proses rawatan lebih kurang 2 jam.

Mahar Terapi Perawan Bidadari RM250
(sekali seumur hidup)

Segala rawatan hanya dilakukan di tempat saya,harap maklun

Rawatan Kecantikan Dalam Islam




Pada zaman yang serba moden ini,kita dapat melihat betapa banyaknya kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan rawatan kecantikan yang muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan.Antara rawatan-rawatan kecantikan yang terdapat pada masa kini adalah teknik rebonding, hair transplantation dan botox,Rawatan-rawatan ini sudah tentu menjadi pilihan ramai orang tidak mengira latak belakang agama mahupun bangsa.Namun begitu Islam agama yang syumul tidak menghalang penganutnya untuk menjalani rawatan kecantikan ini,tetapi hendaklah berpandukan pada syariat yang telah ditetapkan.

Dalil pengharusan

Islam secara umumnya mengharuskan penganutnya menjalani rawatan kecantikan ini.Berikut adalah dalil-dalil keharusan untuk menjalani sesuatu rawatan:

seorang arab badwi datang kepada rasulullah SAW bertanya,”ya Rasulullah perlukan kita berubat?” Rasulullah SAW menjawab.”ya,wahai hamba-hamba Allah taala hendaklah kamu berubat”(HR Ahmad)

Berbekam adalah satu bentuk daripada penbedahan kecil,ianya dibenarkan oleh Rasulullah SAW.Rasulullah SAW bersabda:


إن فيه شفاء


“Sesungguhnya berbekam ini adalah satu penawar”(HR Bukhari dan Muslim)

Etika rawatan kecantikan (beauty treatmant) menurut Islam

Rawatan yang dijalankan hendaklah mengikut syarat-syarat berikut:

1. bukan untuk mengubah ciptaan Allah.

Firman Allah:

“(syaitan berkata) Akan aku suruh hamba-hambamu agar mereka mengubah ciptaan Allah.Dan demi sesungguhnya,aku akan menyesatkan mereka(dari kebenaran),dan demi sesungguhnya aku akan memperdaya mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka(mencacatkan binatang-binatang ternakan),lalu mereka membelah telinga binatangg-binatang itu;dan aku (syaitan) akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.Dan ingatlah sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah,maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata” ( 118 dan 119: an-Nisa)

Nabi saw bersabda:


لعن الله الواشمات والمستوشمات والنامصات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله


“Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang ditatu,pencukur kening dan orang yang dicukur kening,orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah” (Hr Bukhari Muslim)

Contoh-contoh mengubah ciptaan Allah adalah kasi,tatu,mewarna uban menggunakan pewarna hitam dan lain-lain lagi.

2.Tidak ada penipuan .

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W:

“Allah melaknat orang yang perempuan yang menyambung rambut dan orang yang meminta untuk menyambungkan rambut”(HR Bukhari dan Muslim)

Khatobi berkata “sesungguhnya akibat yang buruk (laknat) pada perkara ini kerana ia satu bentuk penipuan”.

3.Tidak menyerupai jantina yang berlainan.

Ia bermakna bahawa rawatan kecantikan yang dilakukan hendaklah tidak mengakibatkan sesuatu bahagian pada badan pesakit menyerupai jantina yangg bertentangan dari jantina yang sebenar.Misalnya,rawatan kecantikan yang dilakukan ke atas dada pesakit lelaki hendaklah tidak menyebabkan bentuk yang asal berubah atau menyerupai bentuk dada wanita. Rasulullah saw bersabda :

“Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki”.(HR Bukhari dan Muslim)

4.Tidak berniat untuk menyerupai orang yang bukan Islam.

Hendaklah juga rawatan kecantikan yang dilakukan tidak beniat untuk menyerupai dan meniru segala yang berkaitan dengan orang yang bukan Islam.Rasulullah S.A.W bersabda:


من تشبه بقوم فهو منهم


“sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, mereka termasuk dalam golongan kaum itu”.(HR Abu Daud)

5.Tujuan rawatan kecantikan adalah untuk mengembalikan bahagian yang mengalami kecacatan kepada keadaan yang normal .

6.Jika rawatan melibatkan pembedahan,hendaklah ia mempunyai syarat-syarat seperti berikut:

a. ia diperlukan untuk mengubah kecacatan.

b. keizinan pesakit atau penjaganya

c. Dilaksanakan oleh pengamal perubatan yang berkelayakan

d. Peratusan kejayaan pembedahan adalah tinggi dan tidak memberi kemudaratan

e. Tidak ada pilihan yang lain

7.Tidak menggunakan najis dan perkara-perkara yang diharamkan ketika melakukan



Rujukan: az-Zinah wat Tajammul wa Ahkamuha oleh Dr Khalaf Jawwad danAl-Jarahah Tajmiliah oleh saleh Fauzan.

Rawatan Dari Wanita Untuk Wanita


Walaupun ilmu usul fiqh ada mengharuskan perkara yang haram dilakukan oleh seseorang akan tetapi ia hanyalah untuk kes yang melibatkan darurat sahaja. Ulama sepakat bahawa harus bagi seorang doktor lelaki melihat bahagian anggota wanita yang sakit jika perlu berserta mengikut syarat yang ditetapkan oleh syarak. Selain itu prinsip syarak juga menyebut bahawa
1. Mendahulukan rawatan lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita, mendahulukan doktor muslimah, kemudian doktor wanita kafir, kemudian lelaki muslim kemudian barulah lelaki kafir.

2. Tidak melebihi tempat biasa yang perlu dibuka. Cukup dengan hanya mendedahkan tempat yang perlu sahaja.

3. Jika huraian pesakit sudah mencukupi, maka tidak perlu sentuh atau buka aurat.

4. Wanita hendaklah ditemani suami, mahram atau wanita lain yang berakhlak.

5. Doktor tersebut seorang yang amanah, tidak pernah didakwa dengan pelbagai perangai buruk.

Secara praktiknya urusan rawatan pesakit wanita oleh perawat lelaki yang melibatkan kes gangguan jin, syaitan dan saka kebiasannya memerlukan perawat menyentuh badan pesakit wanita, sentuhan yang berlebihan dan agak lama boleh mengundang nafsu syahawat, terutama jika perawat lelaki masih gagah dan pesakit wanita muda dan cantik. Dalam proses mengeluarkan jin kaedah tarikan keluar menggunakan tangan sambil membaca ayat kursi/atau zikir lain boleh menimbulkan fitnah jika:

1. Jin ditarik keluar dari arah perut melalui dada terus ke kerongkong dan mulut pesakit dengan sentuhan yang lama dan mungkin terkena buah dada pesakit.

2. Jin yang di tarik keluar dari peha ke kaki juga mengambil tempoh yang lama dan mengundang nafsu kerana boleh menyebabkan kain terselak atau ghairah pesakit wanita kerana disentuh di kawasan sensitif.

Konsep rawatan "Oleh wanita untuk wanita" adalah untuk mengambarkan urusan rawatan gangguan jin, sihir dan saka untuk pesakit wanita bermasalah eloklah dan seboleh mungkin dilakukan oleh perawat wanita.

Ini bagi mengelakkan sisuami terasa tercabar bila dia membiarkan tubuh badan isterinya disentuh oleh perawat lelaki walaupun dengan keadaan berlapik sekalipun.

Sudah banyak berlakunya fitnah di dalam masyarakat di mana berlaku kes-kes perawat lelaki mengambil kesempatan ke atas wanita-wanita yang sakit kononnya untuk tujuan rawatan atau agar supaya pesakit cepat sembuh.

Namun begitu jumlah perawat wanita yang berkebolehan adalah tidak mencukupi.

Kalau anda wanita jangan biarkan diri anda atau anak perempuan anda menjadi mangsa perawat lelaki yang suka mengambil kesempatan atas keadaan anda atau anak perempuan anda. Manakala kalau anda lelaki jangan biarkan isteri dan anak perempuan kesayangan anda menjadi mangsa.

Namun begitu tidak semua perawat lelaki itu jahat dan jenis yang mengambil kesempatan.

Selamat Datang

Pusat Rawatan Alternatif dan Perawatan Islam