Saturday 28 July 2012

Rawatan Dari Wanita Untuk Wanita


Walaupun ilmu usul fiqh ada mengharuskan perkara yang haram dilakukan oleh seseorang akan tetapi ia hanyalah untuk kes yang melibatkan darurat sahaja. Ulama sepakat bahawa harus bagi seorang doktor lelaki melihat bahagian anggota wanita yang sakit jika perlu berserta mengikut syarat yang ditetapkan oleh syarak. Selain itu prinsip syarak juga menyebut bahawa
1. Mendahulukan rawatan lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita, mendahulukan doktor muslimah, kemudian doktor wanita kafir, kemudian lelaki muslim kemudian barulah lelaki kafir.

2. Tidak melebihi tempat biasa yang perlu dibuka. Cukup dengan hanya mendedahkan tempat yang perlu sahaja.

3. Jika huraian pesakit sudah mencukupi, maka tidak perlu sentuh atau buka aurat.

4. Wanita hendaklah ditemani suami, mahram atau wanita lain yang berakhlak.

5. Doktor tersebut seorang yang amanah, tidak pernah didakwa dengan pelbagai perangai buruk.

Secara praktiknya urusan rawatan pesakit wanita oleh perawat lelaki yang melibatkan kes gangguan jin, syaitan dan saka kebiasannya memerlukan perawat menyentuh badan pesakit wanita, sentuhan yang berlebihan dan agak lama boleh mengundang nafsu syahawat, terutama jika perawat lelaki masih gagah dan pesakit wanita muda dan cantik. Dalam proses mengeluarkan jin kaedah tarikan keluar menggunakan tangan sambil membaca ayat kursi/atau zikir lain boleh menimbulkan fitnah jika:

1. Jin ditarik keluar dari arah perut melalui dada terus ke kerongkong dan mulut pesakit dengan sentuhan yang lama dan mungkin terkena buah dada pesakit.

2. Jin yang di tarik keluar dari peha ke kaki juga mengambil tempoh yang lama dan mengundang nafsu kerana boleh menyebabkan kain terselak atau ghairah pesakit wanita kerana disentuh di kawasan sensitif.

Konsep rawatan "Oleh wanita untuk wanita" adalah untuk mengambarkan urusan rawatan gangguan jin, sihir dan saka untuk pesakit wanita bermasalah eloklah dan seboleh mungkin dilakukan oleh perawat wanita.

Ini bagi mengelakkan sisuami terasa tercabar bila dia membiarkan tubuh badan isterinya disentuh oleh perawat lelaki walaupun dengan keadaan berlapik sekalipun.

Sudah banyak berlakunya fitnah di dalam masyarakat di mana berlaku kes-kes perawat lelaki mengambil kesempatan ke atas wanita-wanita yang sakit kononnya untuk tujuan rawatan atau agar supaya pesakit cepat sembuh.

Namun begitu jumlah perawat wanita yang berkebolehan adalah tidak mencukupi.

Kalau anda wanita jangan biarkan diri anda atau anak perempuan anda menjadi mangsa perawat lelaki yang suka mengambil kesempatan atas keadaan anda atau anak perempuan anda. Manakala kalau anda lelaki jangan biarkan isteri dan anak perempuan kesayangan anda menjadi mangsa.

Namun begitu tidak semua perawat lelaki itu jahat dan jenis yang mengambil kesempatan.

No comments:

Post a Comment