Sunday, 29 July 2012
Mengenali Bomoh Sihir
Bagaimana Mengenali Bomoh Sihir
Ramai orang yang sering mendapatkan khidmat bomoh dan dukun-dukun apabila ditimpa sesuatu musibah dan sakit. Lebih khusus apabila sakit-sakit berbentuk mistik @ apa yang dikaitkan dengan istilah terkena buatan orang. Malangnya bomoh yang diberi kepercayaan itu bukan mengubat, tetapi menambahkan lagi penyakit selain menyebabkan akidah si pesakit terjejas teruk! Ditambah pula dengan banyak aduan kes jenayah seperti cabul, rogol dan zina! Justeru adakah benar jika bomoh dijadikan pilihan?
Saya berbicara tentang bomoh kerana majority mereka yang diangggap bomoh ini sebenarnya punya kaitan dengan tukang sihir dan pengamalan ilmu sihir. Justeru harus diawasi dan dihindari segala bentuk perubatan yang pelik, ghaib, dan pengamalan bacaan-bacaan tertentu yang tidak wujud dalam al-Quran & as-Sunnah. Demikian juga dengan amalan-amalan yang menyalahi hukum syarak. Ketahuilah bahawa ulama salaf menyatakan bahawa; “Mati dalam keadaan sakit lebih baik daripada sembuh tetapi telah melakukan syirik”.
Mari kita kenali tanda-tanda bomoh jahat yang mengamalkan sihir dan wajib dihindari. Semoga dengan itu, kita selamat daripada kejahatan mereka samada dari sudut agama, kewangan, maruah mahupun masa yang kita miliki. Ciri-ciri ini apabila dikenali ianya dapat mengelakkan anda daripada kesesatan yang dengan izin Allah kita akan selamat daripada terjerumus kepada dosa besar ini.
Tanda-Tanda Zahir Tukang Sihir (Bomoh Sihir);
1) Soalan si bomoh kepada pesakit tentang nama pesakit dan nama ibunya.
2) Permintaan si bomoh agar diberikan kepadanya apa-apa kesan milik si pesakit seperti sikat, baju, rambut dan sebagainya.
3) Meminta daripada si pesakit agar dibawakan haiwan tertentu dengan sifat-sifat tertentu untuk dibuat korban kononnya, dengan menyebut nama-nama tertentu bukan dengan nama Allah. Boleh jadi Kemudian darah binatang itu diletakkan pada bahagian yang sakit.
4) Si bomoh menulis gambarajah @ rumus-rumus tertentu yang tidak difahami yang mengandungi angka dan huruf-huruf tidak bersambung @ nama-nama bintang pada kain @ kertas.
5) Dalam tempoh bacaan jampi, dia menganggkat suaranya apabila membaca ayat al-Quran dan kemudian membaca berkumat kamit sesuatu yang tidak jelas dan tidak dapat difahami maksudnya.
6) Si bomoh memberi sesuatu sebagai tangkal yang dipakaikan kepada si pesakit. Ianya mengandungi rumus-rumus dan gambarajah empat segi, tiga segi dan sebagainya dengan nombor-nombor dan huruf-huruf tidak bersambung. Diletakkan pula syarat pada pemakaiannya.
7) Si bomoh memerintahkan pesakit agar menghindari manusia dalam tempoh-tempoh tertentu. Tidak bergaul dengan mereka serta menyorok dalam satu bilik yang gelap, dan tidak dibenarkan melihat matahari.
8 ) Terkadang si bomoh meminta supaya pesakit tidak menyentuh air selama tempoh tertentu. Kebiasaannya selama 40 hari. Kadangkala bomoh menyuruh supaya pesakit meletakkan lambang salib di tengkuknya. Ini menunjukkan bahawa jin yang membantunya beragama kristian.
9) Si bomoh memberikan sesuatu kepada pesakit untuk ditanam di bumi.
10) Si bomoh memberikan kepada pesakitnya kertas yang bertulis dengan sesuatu untuk dibakar dan diperasapkannya kepada pesakit.
11) Si bomoh bercakap dengan seseorang yang berada didalam majlis, tetapi tidak dapat dilihat. Si bomoh meminta izin dan pertolongan “orang itu” untuk mengubati pesakit. Si bomoh juga memberi keyakinan kepada jin (orang itu) bahawa pesakit tidak datang kepadanya kecuali dia telah yakin dan menyukainya.
12) Kadang-kadang si bomoh menulis sesuatu rumus @ gambarajah tertentu disertakan huruf-huruf yang tidak bersambung dan nombor-nombor tertentu yang kemudiannya direndamkan di dalam air, lalu diberi kepada pesakit sebagai minuman.
13) Si bomoh tidak menerima pesakit pada bulan Ramadhan khususnya pada 21 Ramadhan hingga akhir Ramadhan. Demikian juga bomoh tidak menerima pesakit pada 10 awal bulan Zulhijjah.
14) Sesiapa yang sentiasa membaca zikir pagi dan petang @ yang dikenali sebagai ma’thurat, maka si bomoh tidak akan menerimanya sebagai tetamu @ tidak selesa dengan kehadirannya.
15) Meletakkan sebekas air yang biasanya dicampurkan dengan najis seperti air kencing, supaya jin mampu dilihat oleh si bomoh dan muncul kepada tukang sihir tersebut.
16) Kebiasaanya si bomoh menggunakan asap kemenyan dalam perubatannya. Asap kemenyan yang busuk itu bagi menyeru jin untuk membantunya. Ini berbeza dengan “bukhur” (asap kayu gaharu yang berbau wangi), ianya sangat tidak disukai oleh jin-jin.
17) Yang paling jelas lagi ialah si bomoh merupakan orang yang tidak menunaikan solat. Tidak istiqmah dalam melaksanakan tuntutan-tuntutan agama yang fardhu, apatah lagi yang sunat.
Terkadang, Allah mengurniakan sedikit firasat (tekaan tepat) kepada orang-orang yang soleh dan alim ulama sehingga mereka mengetahuinya sekalipun dengan hanya melihat wajah tukang sihir. Ini kerana, tukang sihir @ bomoh itu telah dicabut cahaya keimanan daripada wajahnya dengan sebab kesyirikan-kesyirikan yang dilakukannya. Semoga Allah melindungi kita dan ahli keluarga kita semua daripada kejahatan-kejahatan tukang sihir dan syaitan yang direjam. Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment